Saturday, March 24, 2012

One Week, No Homework

Heyyo wonder blogger

Assalamualaikum. Hai hai semua. Agak lama la saya tak update blog ni kan. Well korang jangan salah sangka saya tak update blog ni sebab tension dengan markah exam ke apa. Oh tidak. Walaupun result tak berapa memuaskan, saya kena redha la. Ambil ia sebagai pengajaran dan lain kali ulangkaji lebih awal. Jangan study last minit je. Tapi alhamdulillah la sebab tak ada gagal. :)

Seminggu lepas buka sekolah je, saya ingatkan saya akan sibuk dengan kerja sekolah yang menggunung tapi nampaknya tidak. Sekolah saya sibuk dengan urusan sukan daerah pula. Saya pun entah macam mana terlibat juga dengan sukan daerah ni. Alah bukan terlibat dalam acara lari bagai tu haha. Saya terlibat dengan pegang sepanduk sekolah-sekolah ja. Nak lari dah tak laju dah.

1. Okay, hari ahad tu macam biasa la kami ikut jadual hari ahad. Last-last depa cakap hari ahad tu kena ikut jadual hari Selasa. Aduhh cikgu pun tak cakap awal-awal. Tengok-tengok, banyak juga cikgu yang ikut jadual hari Ahad juga. Alaa cikgu, kita serupa haha. So tak ada homework [kecuali fizik kena buat nota and sejarah kena siapkan kertas yang cikgu bagi].

2. Hari isnin. Ermmmmm maaf saya lupa apa yang terjadi pada hari Isnin. Watlek Watdek.

3. Hari Selasa mula-mula ada perhimpunan badan beruniform then baru ada raptai untuk sukan daerah. Then, saya kena pegang sepanduk PKG Bandar Baharu. Budak sekolah rendah yang comel tapi kadang-kadang tak sopan mulut tu. Dua kali juga la kami kena buat raptai tu. Sampai pukul 11 lebih kot baru habis. So memang tak belajar dah la kan. Homework pun tak ada sebab cikgu pun tak masuk.

4. Hari Rabu ni budak SPM last year ambil result. So ada la budak SPM tahun ni yang nak tengok result senior depa juga, so semua pi serbu dewan. Ops tak semua setengah ja. Ala, lagi pun cikgu form 5 hampir semua terlibat dekat dewan tu. Tahniah kepada abang-abanag dan kakak-kakak yang lulus. Aish, rasa takut pun ada gak nak ambil exam SPM ni..

5. Hari Khamis la hari perasmian Sukan Daerah Kulim kali ke 45 berlangsung. Pagi tu datang pakai baju t-shirt sekolah dulu kemudian salin pakaian dekat surau. Lepas bersiap bagai, baru pergi berkumpul dekat pondok. Kami tunggu dari pukul 8 lebih pukul 9 lebih baru nak mula. Huh dengan panas lagi berpeluh aduhh. Lepas keluar barisan dalam pukul 10 lebih kot, terus pi surau balik. Rehat sekejap sambil ambil angin kipas baru tukar ke t-shirt sekolah balik. Then melilau-lilau sambil usik-usik orang dengan 'nek' saya, Syahirah. Pukul 1.50 baru balik rumah. PENAT.


6. Hari Jumaat ni yang best ni. Pagi tu pergi tuition then balik tution tu rancang dengan Syahirah nak pi library. Dalam pukul 2 lebih tu ambil Syahirah terus pergi library. Kerja sejarah dah siap, tinggal nota Fizik je belum habis. Then around pukul 4 keluar pergi makan KFC. Ingatkan nak belanja Alynn sebab birthday dia hari Khamis tapi dia tak boleh ikut. Then, Syahirah belanja cek makan KFC. Auww ni yang sayang 'nek' lebih ni *muahhh muahh*. 'Nek' tengah dalam mood happy lewtew sebab pagi tadi tuttttt haha. Lepas tu kami around marry go round dekat area kulim tu. Dekat Kulim ni banyak juga noh orang naik fixie. Semua lawa-lawa pulak tu. Pusing-pusing tu jumpa juga baju yang cek dengan 'nek' nak beli dari hari tu. Selamat murah so terus rembat. Pastu balik dengan senyuman muahaha.

Okay, hari ni saya ada tution. Esok dah sekolah macam biasa mesti dah mula ada kerja sekolah dah. Bye Assalamualaikum. :)
Make miracle became reality

0 fairy: